Jangan bila ada darah kacukan saja terus mahu panggil wakil Malaysia, kesungguhan dan kemahuan lebih penting

1,533

Baru-baru ini hangat diperkatakan bahawa pemain muda berdarah Malaysia-Australia, Joshua Rawlins mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Pemain tersebut kini sedang bemain bersama skuad Jong FC Utrecht, iaitu pasukan B-23 Utrecht di divisyen kedua Belanda.


Ramai yang teruja dengan prospek pemain berusia 19 tahun ini untuk mewakili Harimau Malaya kerana beliau pernah tersenarai dalam skuad negara Australia bawah umur Australia.

Beliau pernah mwakili negara itu dari skuad B-15, B-17, B-20 dan kini B-23 tahun di posisi pertahanan kanan selain boleh bermain sebagai bek tengah.

Namun hajat untuk melihat Rawlins menyarung jersi Malaysia agak sukar serta tidak realistik kerana beliau mempunyai potensi besar untuk mewakili Australia di peringkat senior.

Harus diakui, sekiranya beliau diberi pilihan untuk mewakili Australia atau Malaysia, pasti dirinya sendiri akan lebih memilih skuad The Socceroos itu kerana mereka pasukan yang lebih besar dan berpeluang lebih cerah untuk tampil di Piala Dunia.

Selain itu, peminat juga ramai yang teruja dengan adik kepada Joshua Rawlins iaitu Aieden Rawlins yang kini bermain untuk akademi Perth Glory yang berusia 14 tahun.

Namun, daripada membuang masa mengambil pemain yang belum pasti, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu fokus terhadap pemain yang menunjukkan kemahuan mewakili negara dan pemain muda yang sedia ada sahaja.

Pemain warisan seperti Richard Chin yang bermain untuk Charlton Athletic serta beberapa lagi nama yang berdarah warisan yang mahu pulang dan berbakti mewakili negara mengikut jejak pemain kacukan yang mewakili Malaysia sekarang.

Di samping itu, tumpukan kepada pemain tempatan yang betul-betul berusaha keras untuk mewakili Malaysia, tidak mustahil jika diberi peluang mereka dapat bermain dengan sebaiknya.

Jangankan asalkan ada darah kacukan sahaja, kita terus teruja untuk melihat mereka menyarung jersi kebangsaan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen