Bila ‘tuck in’ baju saya main lebih baik, lepas ni saya akan ‘tuck in’ baju setiap perlawanan – Lee Tuck

251

Pemain Kedah Darul Aman FC, Lee Tuck mengakui beliau merasakan dirinya bermain dengan lebih baik apabila memasukkan baju ke dalam seluar.

Katanya, sebelum ini beliau memang selalu memasukkan baju ke dalam seluar tetapi pada musim ini beliau tidak lagi melakukannya, tetapi mungkin akan kembali memasukkan baju ke dalam seluar selepas berjaya menjaringkan dua gol hari ini.


“Memang saya selalu masukkan baju dalam seluar cuma musim ini saya tak buat dah, ia sebenarnya bermula ketika saya di Negeri Sembilan.

Tapi saya rasakan bila saya masukkan baju dalam seluar saya main dengan lebih baik dan pada hari ini saya dapat jaringkan dua gol, mungkin lepas ini saya akan masukkan baju dalam seluar setiap perlawanan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, beliau tidak kisah dengan kritikan yang diberikan oleh segelintir penyokong dan menganggap ia sebahagian daripada bola sepak.

Katanya, beliau tidak kisah dengan kritikan asalkan beliau memberikan sepenuh hati setiap kali turun padang.

Sementara itu, Tuck menyerahkan kepada jurulatih kebangsaan untuk menilai sama ada beliau layak terpilih untuk menyarung jersi Harimau Malaya atau tidak.

“Saya percaya dengan kemampuan saya dan apa yang saya mampu lakukan, saya dah buktikan beberapa tahun bermain di Malaysia tetapi ia bukan di bawah kawalan saya.

Ramai pemain yang bagus dalam pasukan kebangsaan ketika ini, dah tentu akan ada persaingan sengit jadi saya fokus saja kepada diri saya.”

Jelasnya, beliau pastinya berasa teruja sekiranya terpilih tetapi jika tidak, beliau tetap akan gembira untuk pasukan kebangsaan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen