Motivasi saya adalah untuk kejar kedudukan tempat ketiga – Manuel Hidalgo

276

Pemain Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo mahu memastikan pasukan itu berada di kelompok tiga teratas untuk membolehkan mereka layak ke saingan Piala AFC.

Katanya, ia memberi motivasi kepada dirinya dan gembira dapat mencatatkan kemenangan ke atas pasukan Sabah FC.


“Motivasi saya untuk mengejar tempat ketiga, kita mahu berada di kedudukan itu untuk melayakkan diri ke Piala AFC,”

katanya.

Hidalgo mengakui para pemain kini semakin faham dengan gaya permainan ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan menjadi satu pasukan yang lebih baik.

Beliau gembira dapat mencatatkan bantuan gol pada perlawanan tersebut dan berkata beliau telah berlatih untuk membuat hantaran seperti dalam perlawanan itu bersama rakan-rakan.

“Kami ada berbincang pasal hantaran itu, ia sampai ke tempat yang sama macam kami berlatih, memang gembira ia menjadi dalam perlawanan.”

Beliau gembira dapat menumpaskan pasukan Kedah yang disifatkannya sebagai lawan yang amat sukar.