Rakhmatullaev Jamoliddin akui pemainnya dipaksa ‘mandi peluh’ sebelum benam Malaysia

836

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Uzbekistan B-17, Rakhmatullaev Jamoliddin mengakui pemainnya terpaksa bekerja keras apabila hanya sekadar menang tipis 3-2 ke atas pasukan Malaysia B-17 pada perlawanan malam tadi.

Menurut Rakhmatullaev, pemain lawan yang kerap memberi tekanan tinggi menyebabkan mereka sukar untuk bermain pada separuh masa pertama.


“Malaysia adalah sebuah pasukan yang baik apabila pemain-pemain kami sentiasa diberi tekanan sehingga menyebabkan kami tidak dapat bermain dengan corak permainan biasa kami.

Ia adalah satu perlawanan yang cukup baik buat pemain saya apabila kami berjaya memperoleh kemenangan,”

katanya.

Uzbekistan adalah salah sebuah pasukan yang dijemput untuk perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 menentang Malaysia di Stadium UiTM, Shah Alam.

Dalam pada itu, beliau turut aksi anak buah Osmera Omaro yang dikatakan mampu mempamerkan prestasi cemerlang pada Piala Asia B-17 2023 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 15 Jun hingga 2 Julai nanti.

“Berdasarkan persembahan yang dipamerkan oleh pemain Malaysia pada malam tadi, saya percaya mereka akan cemerlang di Piala Asia nanti.”