Naturalisasi pemain bola sepak akar umbi? OCM akan kaji dulu – Hannah Yeoh

352

Menteri Belia dan Sukan (KBS) YB Hannah Yeoh memberitahu bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Olimpik Malaysia (OCM) bagi mengkaji dengan lebih teliti mengenai isu naturalisasi sebelum ia diketengahkan.

Hannah berkata demikian bagi mengulas cadangan guna pemain naturalisasi dan warisan di peringkat akar umbi selepas kekalahan kedua pasukan kebangsaan B-17 di Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand semalam.


Cadangan itu diusulkan supaya visi dan misi untuk melihat pasukan bola sepak tanah air layak ke Piala Asia dan Piala Dunia lebih mudah.

“Isu naturalisasi ini telah kami sampaikan ke OCM untuk meneliti perkara ini secara dasar dan berbincang bersama.

Ini kerana perkara ini tak boleh buat satu polisi untuk semua dan kita memang sudah minta OCM teliti dahulu,”

ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau memberitahu bahawa masih belum ada maklum balas mengenai dari pihak OCM.

Selain itu, Hannah juga perlu mengambil kira pandang-pandangan dari banyak pihak sebelum perkara itu diusulkan.

“Kita nak cari kestabilan lah, isu ini agak sensitif sebab itu kita minta OCM kaji dulu sebelum kita bawa ke kementerian.

Dan persatuan-persatuan sukan juga ada yang sokong ada juga yang tidak sokong perkara ini, jadi sebab itu saya minta pihak mereka kaji dengan teliti dahulu.”