E-sukan akan mula tembusi peringkat sekolah pada tahun ini

539

Bidang e-sukan sudah dalam perancangan untuk diperkenalkan di peringkat sekolah dan berkemungkinan akan bermula pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir berkata bahawa pihaknya sudah berhubung dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menganjurkan pertandingan rasmi di sekolah-sekolah.


“Saya boleh katakan tahun ini aka nada program peringkat sekolah kerana dari segi peruntukan itu sudah ada, kami berhubung dengan KPM tetapi dari sudut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri menerusi Esports Integrated (ESI), Majlis Sukan Negara (MSN) akan mulakan program masuk ke sekolah.

Sementara itu kita kana ajak pelajar buat program di hab ESI, tetapi sudah tentu ia perlukan persetujuan dari pihak KPM.”

katanya.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata bahawa penyenaraian e-sukan dalam senarai sukan yang diiktiraf akan membantu e-sukan untuk menembusi peringkat sekolah.

Tambahnya, dengan wujudnya Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan yang dilancarkan sebentar tadi, ia boleh menjadi rujukan buat tenaga pengajar, ibu bapa dan lain-lain pihak.

“E-sukan sudah dimasukkan dalam Akta Pembangunan Sukan dan disenaraikan dalam senarai 103 sukan, selain itu kita telah lancarkan garis panduan untuk e-sukan pada hari ini.

Selain itu e-sukan juga akan dipertandingkan dalam Sukma Sarawak tahun depan, dan apabila sudah ada dalam Sukma, akan mula ada pertandingan di peringkat sekolah, daerah dan sebagainya.”

Katanya, kewujudan kod etika berkenaan akan membantu pihak-pihak bertanggungjawab untuk memastikan ekosistem e-sukan terjaga.