Apabila Tan Sri Annuar Musa masuk memang rasa perubahan, sampai kami berjaya treble – Rizal Fahmi Rosid
Bekas pemain Kelantan FC, Rizal Fahmi Rosid memuji perubahan yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa ketika menjenamakan semula Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kepada The Red Warriors (TRW) pada tahun 2007 menjadi punca pasukan itu mencapai kejayaan sekitar awal 2010an.
Katanya, di zaman Annuar Musa, segala-galanya mengalami pembaharuan dari pihak atasan sehinggalah para pemain, di mana sebelum itu Kelantan mengalami pelbagai masalah termasuklah masalah gaji.
“Semua dari pengurusan, kejurulatihan hingga pemain memang rasa pembaharuan daripada sebelum itu, kerana kita pun dah rasa isu gaji apa sebelum itu.
Apabila Annuar Musa masuk beliau mula lakukan perubahan, jadi dari situ kami bekerja keras untuk tingkatkan prestasi sehingga berjaya dapat gelaran treble,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Katanya, selain itu, keharmonian dalam pasukan juga memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaandi kelab itu.
Tambahnya, penyokong Kelantan juga banyak membantu mereka dari segi memberi semangat kepada pasukan.
“Saya lihat keharmonian dalam pasukan memang tinggi, walaupun ada pemain senior seperti Indra Putra, Farhan, Piya dan lain-lain, semuanya seperti kawan baik.
Kelebihan penyokong Kelantan saya lihat mereka memang sangat fanatik, pukul 3 dah masuk stadium dah, dan mereka juga memang bersemangat dari minit pertama sampai minit ke-90.”
Rizal pernah beraksi bersama Kelantan daripada tahun 2006 hingga 2012 dan melakukan 115 penampilan sebelum berpindah ke Selangor.