Ingat dah ’settle’, tapi pemain Kelantan FC beri bayangan gaji belum dapat

2,693

Nampaknya isu tunggakan gaji Kelantan FC masih tiada noktah apabila beberapa pemain memberi bayangan bahawa gaji mereka masih lagi belum dibayar.

Sebelum ini pemilik kelab iaitu Norizam Tukiman dalam satu kenyataan ringkas di Facebook miliknya berkata beliau akan melangsaikan tunggakan gaji dalam masa terdekat supaya tidak dikenakan sekatan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua pada bulan Julai ini.


Walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan kelab tersebut telah dikenakan sekatan perpindahan, namun The Red Warrior rancak mengumumkan beberapa pemain baru termasuk ketua jurulatih dan jurulatih kecergasan baru-baru ini.

Antara pemain yang memberi bayangan gaji masih belum dibayar adalah Fazrul Amir Zaman yang ‘berseloroh’ di Instagram dengan rakan sepasukannya.

FAM dan MFL (Malaysian Football League) perlu lebih tegas supaya isu ini tidak berlanjutan kerana pemain yang paling terkesan kerana tidak dapat gaji untuk perbelanjaan harian mereka.

Pastinya tarikh akhir sudah diberikan kepada kelab dari Pantai Timur itu untuk menyelesaikan sebelum tempoh yang diberikan.

Jika gagal juga, tindakan pemotongan mata harus dikenakan sama seperti Perak FC yang mengalami situasi sama sebelum ini.

Kelantan kini mempunyai misi besar dalam pusingan kedua Liga Super yang mana mereka mahu keluar dari tangga tercorot apabila sekadar mengutip empat mata sahaja dari 14 perlawanan.