4 orang sahaja jurulatih lokal di Liga 1 Indonesia, yang selebihnya adalah dari luar

281

Liga 1 Indonesia bakal membuka saingannya untuk musim baru tidak lama lagi dan apa yang menariknya adalah untuk saingan baru hanya empat kelab sahaja yang menggunakan khidmat jurulatih tempatan dari 18 kelab yang bersaing.

Senarai nama jurulatih-jurulatih yang bakal mengendalikan pasukan-pasukan Liga 1 Indonesia telah dikeluarkan yang mana Joko Susilo, Rahmad Darmawan, Agus Sugeng dan Aji Santoso merupakan jurulatih tempatan, manakala Aidil Sharin Sahak menjadi satu-satunya jurulatih luar dari ASEAN.


Jika dilihat daripada statistik dan rekod setiap jurulatih-jurulatih tempatan Indonesia ini boleh dikatakan mereka cukup berpengalaman.

Joko Susilo sudah menjadi jurulatih sejak tahun 2004 bersama Arema FC sehingga tahun 2018 kemudian mendapat peluang menjadi pembantu jurulatih skuad kebangsaan Indonesia pada tahun 2019 yang lalu dan kembali semula dengan Arema pada musim ini.

Selain itu, Agus Sugeng pula jurulatih yang baru sahaja berumur 45 tahun kini bersama pasukan Bhayangkara Solo FC dari tahun 2015 sehingga sekarang yang mana pada awalnya dia hanyalah seorang jurulatih kecergasan namun kemudiannya diangkat sebagai pembantu jurulatih dan akhirnya kini menjadi ketua jurulatih di kelab tersebut.

Bagi Rahmad Darmawan sememangnya mempunyai banyak pengalaman terutama di kelab-kelab Indonesia yang mana dalam rekodnya dia banyak berkelana dari satu pasukan ke pasukan yang lain.

Sejak memulakan karier sebagai jurulatih pada tahun 1998, beliau sudah melatih 10 kelab dan kini mengendalikan pasukan PS Barito Putera itu juga pernah menjadi jurulatih di Terengganu FC II sebelum ini.

Seterusnya adalah Aji  Santoso memulakan kariernya pada tahun 2005 sebagai jurulatih skuad kebangsaan Indonesia B-16, kemudian tahun 2006 baru bermula untuk menjadi jurulatih kelab Persikabo 1973 seterusnya Metro FC, Persebaya kembali semula ke skuad kebangsaan B-23, dan sejak 2019 balik semula ke Persebaya sehingga kini.

Tidak terlepas juga terdapat seprang jurulatih asal Singapura iaitu Aidil Sharin Sahak yang kini menjadi jurulatih buat pasukan Persikabo.

Sebelum ini Aidil pernah menjadi jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC daripada 2019 sehingga tahun 2022 dengan rekod 110 perlawanan 55 kemenangan 20 seri dan 35 kekalahan.

Namun mengapa hal ini boleh berlaku sehingga lebih daripada separuh barisan jurulatih kelab-kelab di Indonesia tidak mahu menggunakan jurulatih tempatan.

Jila dibandingkan dengan Malaysia daripada 14 pasukan Liga Super hanya empat pasukan yang mengambil jurulatih luar iaitu Terengganu FC; Tomislav Steinbrukner, Johor Darul Ta’zim dibawah kendalian Esteban Solari, Tomas Trucha di Kelantan United FC dan juga Frank Bernhardt sebelum ini bersama Kelantan FC.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kualiti kejurulatihan tempatan di sana tidak begitu memberansangkan sehingga terpaksa mengambil jurulatih dari luar negara bagi mengendalikan pasukan kelab-kelab bola sepak tanah air.

Indonesia kini dalam proses revolusi bola sepak mereka dah sudah pasti dalam masa mendatang Persekutuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) yang diketuai oleh Erick Thohir sudah memikirkan perkara ini sejak awal kerana ia mungkin penting untuk membiasakan para pemain beradaptasi dengan cara jurulatih luar yang berpengalaman mengendalikan pasukan daripada luar Indonesia.