Kami bukan main untuk diri sendiri tapi untuk penyokong – Richmond Boakye-Yiadom

7,618

Penyerang baru Selangor FC, Richmond Boakye-Yiadom memberitahu kehadiran beliau adalah untuk membantu pasukan pergi lebih jauh dalam saingan liga.

Menurut Boakye, untuk menjadi seorang penyerang yang hebat beliau perlukan rakan sepasukan untuk bantunya jaringkan gol dan mengakui Selangor mempunyai ramai pemain yang berkualiti.


“Kejayaan seorang penyerang bergantung kepada pemain di sekeliling dan selepas menjalani latihan bersama pasukan semalam, apa yang saya boleh katakan ialah pasukan ini mempunyai pemain yang berkualiti seperti Faisal Halim dan ramai lagi.

Di Eropah tiada pasukan bermain seperti ini, jadi saya rasa dengan keazaman dan komitmen tinggi kitab oleh berjuang.

Kami bukan main untuk diri sendiri tapi untuk penyokong kerana mereka kami berada di sini, jadi kami perlu berikan yang terbaik. Saya juga percaya pasukan ini mampu pergi jauh,”

katanya.

Bagi yang tidak mengenali Boakye, beliau pernah bermain untuk beberapa kelab besar di dunia seperti Juventus, Elce CF, Atlanta, Sassuolo, Genoa dan beberapa lagi.

Antara pencapaian yang paling diingati ramai adalah ketika beliau menjaringkan gol ketika menentang Real Madrid yang ketika itu dibarisi ramai pemain bintang dunia seperti Cristiona Ronaldo, Sergio Ramos dan Pepe.

Dalam pada itu, Boakye tidak melihat harapan tinggi penyokong terhadapnya sebagai satu tekanan kerana baginya sebagai seorang pemain bola sepak profesional, tekanan adalah perkara biasa.

“Saya sudah terbiasa dengan tekanan kerana ketika saya muda bermain untuk Juventus saya sudah merasai tekanan itu tapi bola sepak sentiasa mengenai apa yang anda boleh buat, jika anda boleh buat apa yang anda boleh yang lain akan menyusul.

Tapi anda kena berdisiplin, komited dan sentiasa berjuang. Kadang kala mungkin saya tidak jaringkan gol tapi penyokong akan dapat lihat kerja yang saya lakukan untuk pasukan. Tidak semestinya saya sebagai penyerang perlu jaringkan gol kerana rakan sepasukan juga boleh jaringkan gol.”

Sementara itu, pemain berasal dari Ghana ini juga tidak sabar untuk bertemu dengan pasukan gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan liga nanti.

“Saya ternanti-nanti perlawanan dengan pasukan yang tewaskan kami 4-0 pada Piala FA baru-baru ini (JDT). Saya menonton perlawanan itu dan kita hanya buat satu dua kesilapan menyebabkan kita dihukum.

Separuh masa kedua kita bermain dengan lebih baik jadi kesilapan kecil buat mereka berjaya tewaskan kami. Saya suka bermain dengan pasukan seperti ini kerana ia akan memberikan kepuasan apabila menang.”