Bekas pemain Harimau Malaya yang kini merupakan ketua jurulatih Kepulauan Mariana Utara
Bagi yang mengikuti perkembngan bola sepak terutamanya bola sepak wanita mungkin pernah dengar dengan nama Koo Luam Khen baru-baru ini pada kejohanan kelayakan Piala Asia Wanita B-17 di mana beliau merupakan ketua jurulatih untuk pasukan Kepulauan Mariana Utara.
Dalam kelayakan tersebut, skuad Malayan Tigress diundi dalam kumpulan yang sama dengan Kepulauan Mariana Utara yang menyaksikan skuad kendalian Petronella Douny berjaya menang 5-1.
Mungkin ramai yang tidak mengenai siapa Koo Luam Khen ini dan apa kaitannya dengan Malaysia.
Bagi yang tidak tahu, beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Harimau Malaya yang mana beliau antara pemain yang terlibat dalam Sukan Olimpik Munich 1972 yang mana sumbangan beliau telah menyaksikan namanya disenarai dalam Malaysia’s Hall of Fame oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Selepas bersara sebagai pemain bola sepak, beliau meneruskan kerjayanya dalam dunia bola sepak iaitu dalam bidang kejurulatihan.
Luam Khen berhijrah ke Hong Kong apabila mendapat tawaran untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Hong Kong.
Tidak lama kemudian beliau mengendalikan kelab di liga Hong Kong bersama Instant-Dict dan Sun Hei dan beliau memperlihatkan kehebatannya apabila dinobat sebagai Ketua Jurulatih Terbaik Tahunan di Hong Kong Top Footballer Awards pada tahun 2003 dan 2005.
Pada awal beliau berhijrah pula ke Kepulauan Mariana Utara yang mana beliau mengendalikan pasukan kebangsaan lelaki negara itu dan mereka beraksi dalam kelayakan AFC Piala Cabaran pada tahun 2014 di Nepal yang mana mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot selepas kalah dalam kesemua perlawanan.
Kini, beliau kekal bersama pasukan kebangsaan Kepulauan Mariana Utara, namun beliau tidak lagi bersama pasukan lelaki sebaliknya beliau diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pasukan wanita pula.
Selain pasukan kebangsaan utama wanita, Luam Khen juga bertanggungjawab dalam pasukan remaja seperti skuad B-17 baru-baru ini.