8 pasukan dari Malaysia bakal bersaing dalam Garuda International Cup
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat dilihat semakin banyak kejohanan membabitkan peringkat akar umbi dianjurkan terutamanya di negara Asia Tenggara (ASEAN).
Terbaru, negara jiran Indonesia pula menganjurkan kejohanan persahabatan Piala Garuda Antarabangsa untuk pemain B-12 dan B-17 yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 Julai ini.
Kejohanan itu akan menyaksikan sebanyak 32 pasukan dari lima negara ASEAN akan mengambil bahagian.
Sebanyak 32 pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan juara dan naib juara akan mara ke peringkat kalah mati.

Malaysia akan mempunyai lapan wakil untuk kedua-dua kategori B-12 dan B-17.
Untuk kategori B-12, lima pasukan yang akan bersaing adalah NFDP B-12, Hijau Kuning FC, JDT, Best FC dan A.T Putrajaya.
Manakala untuk B-17 pula ia akan diwakili oleh Bintang Gombak FC, Sekolah Sukan Melaka dan Fajar Selatan FC.

Kejohanan yang bermula pada tahun 2015 ini akan menggunakan tagline ‘The Season Is Coming, Lets Have Fun’ yang mana ia bertujuan untuk menjadikan Indonesia juga mampu menganjurkan kejohanan antarabangsa berkualiti seperti Singa Cup, JSSL, ANZA Cup, Gothia Cup dan Iber Cup.
Tujuan utama kejohanan ini adalah untuk meningkatkan kualiti bola sepak dan memberi pengalaman kepada pemain dengan menentang pasukan dari pelbagai negara.