Sekadar spekulasi, Radamel Falcao kini sah milik Rayo Vallecano

1,167

Sebelum ini dunia bola sepak tanah air kecoh apabila terdapat laporan yang mengatakan bekas bintang Manchester United, Radamel Falcao akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua nanti.

Malah apa yang menguatkan lagi spekulasi pemain Columbia itu akan bermain di Liga Super apabila pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris memuat naik foto bersama Falcao yang sudah tiba di kelab itu.


Rata-rata peminat Harimau Selatan teruja dengan berita tersebut yang mengatakan kehadiran pemain itu akan menambah sengat pasukan yang akan beraksi di kejohanan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Namun peminat pastinya akan kecewa apabila pemain berusia 37 tahun itu dilaporkan sudah memandatangani kontrak lanjutan bersama kelabnya Rayo Vallecano untuk setahun lagi.

Semakan di laman sesawang Transfermarkt juga telah sah menyaksikan pemain itu akan kekal di Sepanyol sehingga Jun 2024.

Ketika di zaman kegemilangannya, Falcao merupakan salah seorang penyerang yang cukup digeruni dan berbisa dan pernah beraksi bersama pasukan gergasi Eropah seperti Manchester United, Chelsea, Porto, Monaco, Atletico Madrid dan banyak lagi.

Malah beliau juga merupakan pemain kebangsaan Columbia dan telah mempunyai penampilan sebanyak 104 dan menjaringkan 36 gol.

Falcoa juga mempunyai pengalaman yang cukup luas apabila pernah bermain di kejohanan paling berprestij di dunia iaitu Piala Dunia, Copa America, UEFA Champions League (UEL), Europa League dan banyak lagi.

Dalam pada itu, walaupun pemain itu menandatangani kontrak lanjutan bersama Rayo Vallecano, namun ia tidak bermakna beliau tidak bermain untuk kelab lain.

Mungkin beliau akan dipinjamkan ke JDT nanti.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen