Menentang Sabah selepas ini kami akan tampil berbeza dengan pemain baharu – Abu Kamara
Pemain Kuching City FC, Abu Kamara yakin pasukannya akan tampil berbeza ketika menentang Sabah FC selepas ini.
Beliau berkata, kehadiran pemain baharu akan memperkuatkan lagi pasukan dan beliau yakin mereka akan membantu kelab itu ke tahap kebih baik.
”Kami sudah ada pemain-pemain baharu dalam pasukan, menentang Sabah selepas ini kami akan tampil berbeza.
Kita ada beberapa pemain baharu jadi ia satu perkara yang baik untuk pasukan, mereka mampu mebantu pasukan ini,”
katanya.
Penyerang terbanyak Liga Perdana musim lalu itu berkata beraksi di saingan Liga Super pada musim ini adalah satu cabaran untuknya kerana ramai pemain yang hebat.
Beliau mengakui harus bekerja lebih keras dan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk tampil lebih hebat.
“Musim lalu saya bermain di divisyen kedua tetapi musim ini di Liga Super dengan ramai pemain yang lebih bagus.
Jadi saya perlu bekerja lebih keras lagi, dan saya ada rakan sepasukan untuk membantu saya meningkatkan permainan.”
Tambahnya, selepas dua tahun bermain di Malaysia, beliau gembira di sini dan melihat saingan Liga Malaysia semakin baik setiap musim.