Isu Rizal Ghazali tak ganggu pasukan, selagi tidak disabitkan kesalahan Sabah akan berikan sokongan – Farish Aziz

462

Isu yang melibatkan pemain Sabah FC, Rizal Ghazali yang menghadapi pertuduhan mencederakan kekasihnya sama sekali tidak mengganggu momentum dan keharmonian dalam pasukan itu.

Ketua Pemasaran dan Media Sabah FC, Farish Aziz berkata, semua pemain menyokong antara satu sama lain selagi pemain itu tidak disabitkan dengan kesalahan.


“Isu itu tidak mengganggu pasukan, semua dalam pasukan menyokong antara satu sama lain selagi tak jatuh hukuman kami sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Dalam pasukan ini beliau juga seorang yang kelakar, suka kacau orang dan membuatkan hubungan lebih erat, setakat ini saya taka da dengar beliau akan digantung,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran jersi kolaborasi antara Sabah FC dan Pestle Mortar & Clothing (PMC) sebentar tadi.

Mengenai jersi itu, beliau berkata ia menampilkan kelainan apabila mengetengahkan konsep gaya hidup, berinspirasikan ulang tahun pembentukan Malaysia yang ke-60, serta warna jersi Sabah pada 1970 dan 1980an iaitu hijau.

“Kita cuba keluarkan sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini, dan saya lihat trend sekarang adalah gaya hidup jadi kita berkolaborasi dengan PMC untuk menghasilkan jersi ini.

Lotto sebagi pengeluar jersi bersetuju untuk jalankan kerjasama ini, dan PMC memasukkan elemen sejarah pada jersi itu.”

Katanya, selain daripada jersi, cenderahati lain seperti baju, jaket varsity dan topi juga turut dikeluarkan sempena kolaborasi itu.