Bila saya jaringkan gol saja kami asyik tak menang, saya rela tak jaringkan gol – Giancarlo Gallifuoco

192

Pemain KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui beliau kecewa dengan keputusan seri 3-3 menentang Terengganu FC setelah mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Katanya, walaupun beliau berjaya mencetak gol, beliau lebih rela tidak menjaringkan gol sekiranya ia bermakna pasukannya mencatatkan kemenangan.


“Saya gembira dapat menjaringkan gol tetapi bagai ada sumpahan setiap kali saya menjaringkan gol pasukan saya tidak menang.

Mungkin nasib baik hanya ketika sepakan, jadi saya rasa lebih baik jika saya tidak jaringkan gol dan pasukan dapatkan kemenangan,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan menentang Terengganu yang menyaksikan beliau menjaringkan satu gol untuk meletakkan KL City 2-1 di hadapan.

Dalam pada itu, beliau berkata mereka perlu menyalahkan diri sendiri apabila membenarkan Terengganu bangkit pada separuh masa kedua.

“Pada separuh masa pertama pelan kami menjadi, kami main dengan begitu yakin tetapi saya tidak tahu mungkin disebabkan kecuaian mereka mampu bangkit menyamakan kedudukan, dan sudah tentu mereka layak mendapatkan gol-gol tersebut kerana mereka nampak lebih lapar.

Ia adalah salah kami tetapi saya rasa ia satu perlawanan yang baik dengan kedua-dua pasukan  bermain dengan bagus.”

Tambahnya, perkara positif yang dapat diambil pada perlawanan itu adalah ramai pemain yang kembali daripada kecederaan dan memperkuatkan lagi pasukan terutama menjelang perlawanan akhir Piala FA akan datang.

Beliau mengakui sudah memikirkan tentang perlawanan itu dan berharap KL City akan bangkit dan membawa momentum yang baik menjelang perlawanan tersebut.