Kita beraksi dengan baik cuma 10 minit terakhir kita dihukum dengan apa yang semua nampak – Eddy Gapil

1,108

Pemangku ketua jurulatih PDRM FC, Eddy Gapil kecewa dengan kekalahan kepada Kedah Darul Aman FC selepas pasukannya berjaya menampilkan aksi yang baik sepanjang perlawanan.

Katanya, kegagalannya anak-anak buahnya menyudahkan peluang menjadi padah buat pasukan dan ia diburukkan lagi dengan dua penalti yang diraih Kedah.


“Secara keseluruhannya kita beraksi dengan baik cuma pada 10 minit terakhir kita dihukum dengan semua nampak apa, saya pun tak berani nak komen.

Tetapi itulah bola sepak, jika kita jaringkan gol keputusan akan sebaliknya jadi tahniah kepada Kedah atas kemenangan,”

katanya.

Beliau berkata, mereka kini harus menerima keputusan ini dan melihat ke hadapan untuk perlawanan seterusnya menentang Terengganu.

Sementara itu, beliau berkata bahawa pelan asalnya adalah untuk memanfaatkan set piece untuk cuba menjaringkan gol, tetapi ia tidak menjadi.

“Agak rugi jugalah kerana kita sudah rancang nak lawan Kedah dengan set piece tetapi setiap kali kita dapat sepakan sudut contohnya benda itu tak menjadi.

Tetapi kita sudah beraksi dengan baik jadi kita harus menerima keputusan ini dengan hati terbuka.”

Katanya, mereka kini harus menganalisis pemain dan taktikal menjelang perlawanan menentang Terengganu, dan cuba merancang yang terbaik untuk perlawanan itu.