Intan Serah ‘idola’ bola sepak wanita negara, Selamat Hari Lahir!

668

Kami di Harimau Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat pemain wanita kebangsaan, Intan Serah dengan harapan agar terus berjaya membawa nama Malaysia ke persada dunia selain mencapai setiap harapan yang diinginkan.

Intan Sarah Anisah Zulgafli boleh dikatakan sebagai salah seorang ikon bola sepak wanita tanah air masa kini yang sudah mengangkat nama Malaysia sehingga ke luar negara apabila berjaya bermain bersama salah satu pasukan di Amerika Syarikat iaitu New York Dutch Lions FC.


Selain itu, Intan sendiri yang kini sudah rasmi berumur 24 tahun sememangnya atlet bola sepak wanita negara yang dikatakan sebagai ‘idola’ buat pemain-pemain muda apabila menampil prestasi yang mengujakan.

Pemain-pemain muda Malayan Tigress B-19 tahun yang kini sedang berentap dalam saingan Kejohanan Wanita AFF B-19 di Palembang, Indonesia apabila ditanya berkenaan persepsi mereka terhadap Intan Serah, masing-masing ingin meletakkan diri mereka setandingnya selain mahu menjadikan beliau sebagi inspirasi dalam memajukan diri lagi dalam bola sepak wanita ini.

Di samping keterampilannya yang seperti seorang ketua dan mempunyai minat yang tinggi dalam bola sepak, beliau mungkin boleh menjadi calon ketua pasukan Malayan Tigress yang akan datang apabila Steffi Sidhu yang kini sudah berusia 35 tahun bersara nanti.

Intan yang menjadi watak penting dalam perkembangan bola sepak wanita tempatan sudah pasti akan bersama-sama ketua jurulatih jurulatih, Soleen Al-Zou’bi dalam gerak kerja merevolusikan lagi skuad negara standing pasukan-pasukan wanita negara Asia Tenggara atau menjadi lebih kuat lagi.

Melihat ke laman sosial Instagram milik Intan, sememangnya boleh dirasai minat dan keazaman pemain muda ini terhadap bola sepak sehingga hampir keseluruhan perkongsiannya adalah berkenaan hidupnya dengan sukan ini sahaja.

Selain daripada bola sepak, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak Covid-19, Intan mula dikenali sebagai seorang personaliti penstriman atas talian yang semasa itu sangat terkenal disebabkan permainan video PUBG Mobile.

Hal ini juga sedikit sebanyak telah menjadikan Intan sebagai watak penting dalam peningkatan e-sukan, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita, apabila menjadi wajah atau muka hadapan bagi sebuah organisasi e-sukan yang terkemuka di Malaysia ketika ini.

Dalam perkongsiannya yang terbaharu memberitahu bahawa beliau mahu menandatangani kontrak profesional untuk bermain bersama pasukan di luar negara.

Intan yang memuat naik perkongsian tersebut di laman Instagram rasminya turut menyenaraikan 10 harapannya bertepatan dengan tarikh lahirnya itu.