Pernah digelar sebagai Neymar Malaysia, Rozaimi Rahman kini main di Liga M4

1,189

Bila sebut nama Neymar Malaysia sudah pasti ramai yang dapat meneka pemain ini iaitu, Rozaimi Rahman yang pernah menggemparkan kancah bola sepak tanah air yang mempamerkan gaya permainan yang versatil dan ia seakan-akan pemain berasal dari Brazil itu.

Selepas mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 2015, prestasi Rozaimi terus merosot dan beliau gagal untuk mendapatkan prestasi sebenarnya dan perlahan-lahan hilang dari radar setelah berhijrah ke pasukan utara pada tahun 2021.


Kini pemain sensasi itu kelihatan bermain bersama dua berbeza iaitu pasukan Machan FC (Liga M4) yang dari Sarawak dan juga Tenang FC (Liga M5) yang di Sabah.

Hal ini menunjukkan bahawa minat terhadap bola sepak dalam diri pemain yang kini sudah berusia 31 tahun itu masih belum pudar meskipun gagal untuk beraksi cemerlang semasa berada bersama kelab gergasi di selatan tanah air.

Rozaimi yang suatu masa dahulu tampil dengan sangat cemerlang telah menyarung jersi pasukan kebangsaan B-23 dengan 22 penampilan termasuk berjaya menjaringkan 19 gol.

Beliau juga pernah memenangi anugerah kasut emas di Kejohanan Pestabola Merdeka pada tahun 2013 selepas menumpaskan Myanmar dengan jaringan 2-0 dan satu daripadanya adalah jaringan daripada sentuhan Rozaimi.

Pemain berasal dari Sabah itu juga telah memenangi pelbagai pencapaian yang menyakinkan bahawa beliau bakal menjadi salah seorang pemain yang bakal membawa sukan bola sepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi namun disebabkan tragedi yang menimpanya telah memadamkan segala impian tersebut.

Di samping Rozaimi, seorang lagi pemain yang sudah lama tidak kelihatan dalam kancah liga bola sepak tempatan iaitu Azzizan Nordin yang kali terakhir dilihat bermain bersama pasukan Penang FC.

Azzizan yang kini berusia 29 tahun itu sebelum ini memulakan kariernya di Singapura apabila menyarung jersi pasukan Harimau Muda A dan B yang bersaing dalam Liga Premier Singapura pada tahun 2011 sehingga 2013.

Pada tahun 2016, pemain tengah itu telah menandatangani kontrak bersama pasukan Sabah FC kembali bermain di Liga Super Malaysia bagi musim 20/21 dan diturunkan sebanyak 21 perlawanan.

Kedua-dua pemain ini merupakan bakat muda yang berharga pada satu masa dahulu namun disebabkan kemerosotan prestasi dan ramai pemain muda baru berbakat muncul membuatkan mereka semakin tenggelam.

Oleh yang demikian, diharapkan suatu masa nanti Malaysia bakal melahirkan lebih ramai pemain-pemain yang berkualiti dalam membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi.