Jenama sukan Malaysia perlu agresif luaskan pasaran ke luar negara

1,013

Jenama pakaian sukan di Malaysia perlu agresif dalam meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa, bermula di Asia Tenggara kemudian melebarkan empayar ke tahap yang lebih besar.

Kerancakkan jenama pakaian sukan di Malaysia yang sudah mula berkembang merupakan satu langkah kanan dengan penajaan kepada pasukan-pasukan bola sepak tempatan dilihat sebagai satu langkah positif.


Jenama pakaian sukan dari Vietnam iaitu Dong Luc yang sudah semakin berkembang dalam meluaskan penajaan boleh dijadikan inspirasi buat jenama pakaian sukan di Malaysia.

Hal ini sejurus selepas Liga Kebangsaan Myanmar yang secara rasminya akan menggunakan jenama bola dari Vietnam iaitu Dong Luc selepas kontrak bersama jenama pakaian sukan dari Thailand iaitu Warrix tamat.

Selain mempunyai design yang menarik, aspek mutu kualiti yang memuaskan daripada jenama pakaian sukan tempatan seperti Line 7, Kaki Jersi, Al-Ikhsan dan Voltra juga mampu mengangkat jenama tempatan setanding dengan jenama antarabangsa.

Tambahan pula, bola jenama Dong Luc bukan sahaja telah meluaskan penajaan di Liga negara Myanmar sahaja tetapi juga di Liga bola sepak negara Kemboja.

Inisiatif memulakan langkah penajaan bermula dengan peringkat Asia Tenggara adalah sangat positif sebelum meluaskan pasaran lagi ke peringkat yang lebih besar seperti Asia dan Eropah.

Jenama pakaian sukan daripada negara jiran iaitu Ortuseight yang sedang memberi penajaan kasut kepada pemain sensasi Harimau Malaya iaitu Faisal Halim merupakan satu tindakan berani untuk meluaskan rangkaian promosi bagi menembusi pasaran Malaysia.

Sekiranya jenama-jenama tempatan mampu meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa maka ia juga akan memberi kebanggaan buat semua warga Malaysia kerana dapat melihat pasukan bola sepak daripada negara lain menyarung jersi dengan logo tajaan daripada jenama pakaian sukan negara sendiri.

Malah, pemain-pemain tempatan juga akan merasa bangga jika dapat menyarung jersi jenama tempatan yang juga sedang giat berkembang di peringkat antarabangsa.