Radhi Mat Din boleh bantu Baddrol Bakhtiar, jadi ‘penasihat’ sebelum terjun ke PRN bulan depan

456

Legenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar dikhabarkan bakal terjun ke kancah politik yang turut menjadi medan tempur buat seorang lagi legenda bola sepak negeri itu, Muhamad Radhi Mat Din dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Baddrol yang baru sahaja meninggalkan Sabah FC baru-baru ini dengan tiba-tiba dikaitkan bakal memasuki arena politik di negeri kelahiranya iaitu Kedah Darul Aman.


Memetik sumber Arena Metro mengatakan bahawa bekas kapten Sabah itu akan dipertandingkan di bawah tiket parti Perikatan Nasional.

Hal ini secara tidak langsung menyajikan kepada kita semua bahawa bakal ada dua legenda bola sepak Kedah dan kebangsaan di pentas politik PRN Kedah tidak lama lagi.

Selain itu, hal ini dapat memberikan bayangan kepada para peminat dan pengundi bahawa Radhi berkemungkinan menjadi ‘penasihat’ buat Baddrol yang baru sahaja menceburi bidang ini.

Radhi yang mempunyai serba sedikit pengalaman dalam bidang politik sudah pasti dapat membantu Baddrol sekaligus membimbingnya, tambahan juga beliau turut memiliki pengalaman dalam mengahadapi Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2018.

Bekas pemain tengah kebangsaan itu mewakili parti PAS di PRU 2018 yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Pokok Sena dan lawannya adalah wakil daripada parti Amanah iaitu Mahfuz Omar.

Namun apakan daya nasib tidak menyebelahi Radhi apabila dalam perebutan tersebut beliau tewas terhadap lawannya dengan jumlah majoriti yang agak besar iaitu 5558 undi.

Akan tetapi ia merupakan pengalaman yang bagus sekaligus dapat dijadikan pengalaman buat dirinya serta asas yang kukuh untuk membimbing Baddrol dalam melayari kancah politik tidak lama lagi.

Dengan pengaruh besar yang dimiliki oleh Baddrol dalam kalangan rakyat Kedah, mungkin beliau mampu mencipta kejayaan dalam kancah politik seperti yang dilakukan dalam arena bola sepak.