Pemergiaan B. Sathianathan membuatkan hati saya berasa kosong – Nidzam Jamil

391

Penolong ketua jurulatih Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil mengakui berasa cukup terkesan dengan pemergian jurulatih tersohor tanah air B. Sathianathan yang meninggal dunia pada Selasa lalu.

Menurut Nidzam, mendiang merupakan seorang figura yang cukup penting dalam hidupnya terutamanya sejak beliau menjadi pemain bola sepak sehingga menjadi jurulatih.


“Saya hutang ilmu, kenangan dan gelak tawa beliau. Saya tak akan berada di tempat saya sekarang ini kalau bukan kerana beliau. Beliau banyak beri peluang kepada saya ketika saya masih kecil sebagai pemain dan sehingga usia saya 44 tahun.

Beliau juga sering menghubungi bagi bertanyakan keadaan saya, jadi saya boleh katakan beliau seperti ayah saya sendiri.

Secara peribadi pemergiaan beliau membuatkan hati saya berasa sedikit kosong,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Untuk rekod, Nidzam pernah bekerja di bawah Sathianathan selama dua tahun ketika di Felda United FC sebelum kedua-dua mereka kembali bekerjasama di Selangor FC.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi sifat baik hati mendiang yang cukup disenangi oleh semua orang sekelilingnya.

Tambahnya lagi, apabila bercakap mengenai mendiang, tiada satu pun perkara yang tidak baik pun boleh diperkatakan.

Beliau pada masa sama turut berkongsi ketika beliau menerima panggilan telefon daripada mendiang yang mengajaknya untuk ke Felda United.

“Bila beliau ke Felda United, beliau hubungi saya ajak saya sertai beliau di sana dengan berkata; ‘Nidzam you jangan buang masa, you datang ikut I kerana ini adalah peluang you.’

Kita sebagai jurulatih muda, bila Sathianathan ‘call’, kita tinggal semua kita ikut beliau kerana beliau adalah ‘big boss’ dalam kejurulatihan.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen