Pasukan Liga Malaysia perlu ambil kesempatan membawa masuk pemain berstatus ejen bebas dari negara jiran
Kerancakkan jendela perpindahan Liga Indonesia 2023/2024 baru sahaja melaburkan tirainya semalam.
Kehangatan liga negara itu yang semakin mendapat tempat dari hari ke hari dalam kalangan peminat jelas merupakan tanda positif buat sukan bola sepak di Asia Tenggara.
Walaupun begitu, terdapat juga nama-nama besar yang berstatus bintang gagal mendapatkan majikan baru untuk meneruskan legasi bola sepak seperti Andik Vermansyah yang pernah menggegarkan Liga Malaysia ketika bersama pasukan dari Lembah Klang iaitu Selangor.
Kontrak penyerang lincah yang berusia 31 tahun itu bersama Bhayangkara Solo FC tidak lagi disambung setelah dilepaskan kelab itu dan kini berstatus ejen bebas.
Mempunyai kemahiran teknikal yang tersendiri dan berpenggalaman sedia beraksi sekiranya dapat majikan yang baru.
Pemain penyerang berprolifik yang mempunyai 40 kaps bersama pasukan Indonesia iaitu Irfan Bachdim juga masih berstatus ejen bebas selepas kontraknya tidak disambung lagi oleh kelab lamanya Persis Solo FC setelah dua musim bersama.
Walau bagaimanapun, Irfan Bachdim kini memilih untuk fokus kepada keluarganya terlebih dahulu sebelum menandatangani dengan mana-mana pasukan lain.
Dalam pada itu, Zulfiandi pemain Madura United pada musim lepas yang berusia 28 tahun pernah beraksi dalam kejohanan Piala AFF mewakili Indonesia edisi 2018 juga masih belum mempunyai kelab baru untuk beraksi.
Pemain-pemain lain dari Liga 1 Indoensia seperti Ruben Sanadi, Yanto Basna, Lerby Eliandry, Osvaldo Haay juga masih lagi mencari kelab yang baru untuk terus beraksi.
Mungkin kelab-kelab di Liga Super Malaysia boleh mengambil kesempatan untuk ‘memancing’ pemain-pemain tersebut berikutan tempoh jendela perpindahan kedua masih lagi dibuka sehingga awal Ogos ini.