Mesir atau China sebagai persediaan Harimau Malaya sebelum menghadapi Piala Asia 2023?
Skuad Harimau Malaya mempunyai peluang untuk memilih perlawanan persahabatan yang bakal mengguntungkan pasukan sebagai persediaan untuk ke Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Januari tahun depan.
Dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan menguji skuad anak buah Kim Pan-gon pada bulan September nanti perlu menjadi perlawanan yang dapat memberikan penggalaman bermakna buat skuad negara ketika beraksi di Qatar nanti.
Sama ada pergi ke Asia Timur ataupun menimba penggalaman di tanah Afrika semestinya dapat memberikan penggalaman yang besar buat skuad kebangsaan untuk memperbaiki corak permainan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan berkata mustahil buat skuad negara dapat menentang dua pasukan Mesir dan China kerana faktor lokasi yang jauh.
Oleh itu, skuad kebangsaaan hanya boleh memilih satu tempat sahaja sebagai lokasi perlawanan persahabatan Tier 1 dan perlu mencari satu lagi pasukan lain yang dapat beraksi di tempat berkenaan.
Skuad negara yang sebelum ini cemerlang mengutip empat kemenangan berturut-turut di dalam aksi perlawanan persahabatan telah berjaya memperbaiki kedudukan semasa Malaysia di kedudukan yang lebih baik.
Tambahan pula, kemas kini terbaru daripada pada Julai menyaksikan Malaysia berjaya mendaki satu anak tangga daripada kedudukan 137 kepada 136 dunia.
Tahniah buat Harimau Malaya!