Baki enam bulan sebelum ke Qatar buka peluang buat semua pemain buktikan diri
Hanya tinggal beberapa bulan sebelum menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar dan para pemain kini perlu mempamerkan konsistensi dan kualiti sekiranya ingin mendapat panggilan dari ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon.
Tempoh yang singkat ini merupakan satu peluang untuk menghidupkan semula peluang bagi terpilih mewakili skuad Harimau Malaya.
Peluang ini juga harus digunakan oleh pemain muda Hadi Fayyadh yang mengambil keputusan untuk keluar dari Perak FC untuk ke PDRM FC secara pinjaman hingga hujung musim ini bagi membuka peluang buat dirinya.
Ini kerana penghijrahan beliau ke PDRM adalah untuk mendapatkan minit permainan dan jika beliau dapat pamer ketajamannya di hadapan gawang lawan, sudah pasti beliau akan mendapat perhatian Pan-gon.
Dalam pada itu, seorang lagi pemain Junior Eldstal pula memulakan langkah kanan apabila memilih untuk berpindah ke Liga 1 Indonesia bagi mencari minit permainan dan mencari kembali rentaknya agar dapat mengekalkan tempatnya sebagai pemain pertahanan negara.
Berhijrah untuk mencari minit permainan mahupun mengembangkan karier dengan bermain luar daripada Liga Malaysia merupakan antara tindakan drastik yang boleh dipertimbangkan sebagai satu inisiatif buat oleh para pemain untuk merebut tempat bagi beraksi dalam Piala Asia kelak.
Tempoh enam bulan ini juga merupakan peluang terakhir buat semua pemain membuktikan diri bahawa mereka layak dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya untuk menyertai skuad yang akan pergi berjuang di Qatar.