Mereka akan bermain bola tanpa henti sehingga tahun 2024 – OKS
Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee kecewa dengan jadual permainan yang terlalu padat sehingga beberapa pemain tidak dapat mempersembahkan prestasi yang memberangsangkan akibat dari kepenatan yang melampau.
Ong Kim Swee yang ditemui semasa sidang media selepas perlawanan menentang Selangor FC menggambarkan kepenatan daripada jadual perlawanan yang padat menjadi faktor utama beberapa pemainnya yang berstatus pemain kebangsaan tidak mempamerkan prestasi terbaik dek kerap cedera.
“Kalian kena tengok terutamanya Dominic Tan dan juga Stuart Wilkin berdasarkan masa permainan mereka yang telah bermain tanpa henti sejak Piala AFF dua tahun lepas pada Disember dan mereka kembali ke pangkuan kelab dan bermain lagi dengan skuad kebangsaan, lihat mereka yang sudah semestinya sangat penat!,”
katanya.
Tambahnya lagi, sekiranya kedua-dua pemain ini dipanggil lagi untuk menyarung jersi kebangsaan ia akan menyaksikan memperlihatkan pemain akan bermain tanpa henti sehingga hujung tahun 2024 nanti.
“Jika mereka dipanggil skuad kebangsaan lagi selepas ini, mereka akan bermain tanpa henti sehingga tahun 2024, kalian sedar tak perkara ini? Kita tidak boleh harapkan mereka beri prestasi terbaik setiap minggu dan sememangnya keletihan akan menjadi punca utama, jadi kita kena fikir bagaimana hendak jaga perkara ini.”
Beliau bagaimanapun memuji anak buahnya yang bermain dengan baik namun masih banyak yang perlu diperbaiki selain turut berharap pihak pengurusan Sabah dapat memberi peruntukan bagi membawa masuk beberapa pemain turutama di bahagian pertahanan dan tengah bagi memperkuatkan lagi jentera pasukan itu.
“Jika saya punyai banyak duit seperti Selangor dan JDT saya akan beli pemain, dan semestinya kita tidak mempunyai peruntukan untuk membeli banyak pemain tapi saya akan cuba sebaik mungkin berbincang dengan pihak pengurusan sebab kita pun akan bermain di Piala Malaysia dan Piala AFC serta faktor kecederaan jadi saya sangat berharap.”
Terdahulu, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menyaksikan Gergasi Merah berjaya mengutip tiga mata selepas menang 1-0 ke atas The Rhinos.