Saya tinggalkan Sabah FC kerana mahu peluang bermain di UCL – Taiki Kagayama

653

Bekas pemain import Sabah FC, Taiki Kagama mendedahkan beliau membuat keputusan untuk berhijrah adalah kerana mahu bermain bola sepak di peringkat tertinggi Eropah.

Kagama yang kini menyarung jersi FC Samgurali Tskaltubo yang beraksi di Erovnuli Liga di Georgia berpeluang untuk bermain di UEFA Champions League (UCL) dan EUFA Conference League.


“Walaupun saya gembira ketika bermain bersama Sabah tapi melihat bekas rakan sepasukan saya ketika bermain di Finland berpeluang bermain menentang pasukan besar seperti Real Betis, AS Roma dan beberapa lagi membuatkan saya terfikir peluang seperti ini yang saya mahukan. Jadi itu adalah sebab utama saya tinggalkan Sabah.

Saingan liga kini sudah di pertengahan musim dan pasukan saya berada dalam kelompok tiga teratas dan jika kami berjaya menamatkan saingan liga di tangga kedua atau ketiga kami akan bermain di Conference League.

Tapi jika kami berjaya menjuarai liga, kami akan layak ke play-off UCL,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Samgurali Tskaltubo kini berada di tangga ketiga liga dengan 37 mata iaitu hanya dipisahkan satu mata dengan FC Saburtalo Tbilisi yang kini berada di kedudukan liga.

Dalam pada itu, pemain berasal dari Jepun itu turut memberitahu mengapa beliau memilih Sabah sebagai destinasi barunya selepas tiga tahun bermain bersama FC Inter Turku di Finland.

“Saya bermain di Finland selama tiga tahun dan mahu cabaran baru jadi saya hubungi ejen saya untuk perkara itu dan beliau berjaya dapatkan kontrak yang bagus bersama Sabah.

Sebelum saya sertai kelab itu saya ada bercakap dengan ketua jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) mengenai perancangannya untuk merevolusikan bola sepak Sabah dan dari situ saya kagum dan ambil keputusan untuk sertai mereka.”

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan antara tonggok yang cukup penting buat skuad The Rhinos pada musim 2022 apabila beliau yang diturunkan dalam 30 perlawanan dalam kesemua kejohanan berjaya membantu Sabah layak ke Piala AFC 2023.