Saya akan pastikan ‘progress’ lebih baik dari Puripol Boonson & Yanagita Hiroki di Sukan Asia nanti – Azeem Fahmi

340

Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi yakin bahawa beliau dan dua lagi pelari pecut sensasi dari Asia iaitu Puripol Boonson (Thailand) dan Yanagita Hiroki (Jepun) akan berentap pada Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September depan.

Menurut Azeem, beliau mengakui kehebatan kedua-dua pesaingnnya itu, tapi yakin bahawa beliau akan tampil lebih baik dari kedua-dua pelari itu pada Sukan Asia nanti untuk merangkul pingat.


“Kami telah bersaing pada kejohanan di Colombia pada tahun lepas di mana Puripol berada di kedudukan keempat, saya kelima dan Yanagita keenam, jadi saya sangat yakin akan kembali bertemu pada Sukan Asia nanti.

Saya akan pastikan ‘progress’ saya lebih baik dari kedua-dua pelari itu untuk merampas pingat di Sukan Asia,”

katanya.

Azeem pada masa turut mengakui ‘false start’ yang dilakukan pada Sukan SEA 2023 baru-baru ini masih menghantuinya menyebabkan beliau beliau tidak dapat melakukan pecutan awal dengan baik pada Kejohanan ATF di Bangkok baru-baru ini dek terlalu berhati-hati.

“Saya agak berhati-hati pada Kejohanan ATF baru-baru ini menyebabkan starting saya agak perlahan dari kebiasaannya.

Kita buat kesilapan dan kita belajar dari kesilapan yang kita buat. Saya nak untuk pamer aksi lebih baik pada kejohanan akan datang.”

Dalam pada itu, Azeem telah hadir dalam majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) yang mana ia turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS) YB Hannah Yeoh.

Program ramah mesra bersama atlet itu menyaksikan Azeem memberi ruang dan peluang kepada pelajar yang berminat dengan sukan olaharga untuk mengenalinya dengan lebih rapat selain memberi nasihat kepada mereka yang berminat untuk menjadi atlet sepertinya.