Kita hormati lawan secara tak langsung kita akan lebih yakin untuk bermain – Juan Antonio
Ketua jurulatih futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia mendedahkan bahawa sikap hormat pihak lawan menjadi kunci kejayaan pasukannya apabila mereka berjaya tewaskan Selangor TOT United 7-5 dalam perlawanan separuh akhir pertama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) malam tadi.
Juan Antonio yang diangkat sebagai jurulatih skuad JDT tahun ini telah berjaya membawa pasukan itu musim ini dengan rekod yang sangat baik dan kini hanya tinggal selangkah sahaja lagi ke perlawanan akhir.
Namun disamping kemenangan yang diraih malam tadi, beliau yang menerapkan sikap hormat kepada lawan membuatkan mereka dapat kekalkan mentaliti kemenangan dalam minda mereka.
“Meski apa pun berlaku, saya selalu terapkan dalam pasukan agar menghormati lawan, bagi malam ini kita menghormati lawan kita iaitu Selangor TOT dan secara tak langsung kita akan lebih yakin untuk bermain jika tidak ada rasa hormat keyakinan pun akan hilang dan kita akan kalah,”
katanya.
Selain skuad Harimau Selatan yang meraikan kemenangan ke atas Selangor TOT itu di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam malam tadi, jurulatih berasal Sepanyol tersebut turut memberitahu bahawa mereka akan tampil dengan lebih yakin dalam perlawanan timbal balik di Pasir Gudang minggu hadapan.
Di samping keyakinan yang tinggi, Juan Antonio akui perlawanan hari ini menentang Selangor TOT merupaka satu perlawanan yang sukar dan para pemainnya bermain dengan sangat baik dalam mengawal keadaan sehingga tamat perlawanan sebentar tadi.
“Saya yakin dengan pasukan saya selalu sebab saya tahu pasukan saya sendiri saya latih mereka setiap hari saya tahu dimana tahap mereka seperti hari ini meskipun kami ketinggalan 3-0 pada awalnya tapi sebab saya yakin dengan mereka dan mereka pun mempunyai keyakinan yang tinggi akhirnya kami peroleh kemenangan walaupun perlawanan hari ini sukar.”
JDT tampak goyah pada awal permainan apabila gagal menyempurnakan beberapa percubaan yang menyebabkan Selangor TOT terlebih dahulu membuka jaringan dan mendahului semasa babak pertama dengan jaringan 3-2, namun keputusan akhir memihak kepada JDT dengan kelebihan dua gol untuk dibawa pulang ke Pasir Gudang.