Harap polis dapat ambil tindakan segera terhadap individu hantar mesej lucah kepada Steffi Sarge Kaur
Ketua pasukan bola sepak wanita negara iaitu Steffi Sarge Kaur mendedahkan bahawa beliau menerima satu mesej berbaur gangguan seksual daripada seorang individu di laman sosial Twitteri miliknya.
Menurut Steffi, mesej tersebut diterimanya pada petang semalam di mana mesej itu dihantar oleh seorang individu bernama Md Rajon Miah ke e-mel milik peribadinya.
Hantaran yang bersifat lucah itu merupakan satu tindakan yang biadap terhadap atlet negara tanpa sebarang sifat hormat.
Steffi yang dihubungi memberitahu bahawa beliau sudah membuat laporan polis dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap individu berkenaan.
Mimpi ngeri ini pasti akan meninggalkan kesan dari segi emosi kepada pemain tersebut sebagai seorang mangsa sikap tidak bertanggungjawab itu.
Pujian juga harus diberikan kepada Steffi kerana berani tampil untuk membuka mulut dan mengambil tindakan betul bagi membendung dari perkara seperti ini terus berlaku khususnya kepada rakan sepasukan di masa akan datang.
Perkongsian Steffi itu juga mendapat sokongan daripada warga Twitter dengan mengecam perilaku buruk individu tersebut dan mahukan agar tindakan segera dapat diambil demi menjaga keselamatan pemain bola sepak wanita Malayan Tigress itu.
Insiden atau perkara seperti ini perlu dihentikan serta merta kerana ia akan memberi impak negatif pada arena sukan tempatan dari terus berkembang.
Kami di Harimau Malaya turut bersimpati dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawab ini.