Mi5i Malaysia dilancarkan, MPL MY musim ke-12 pasti lebih ‘seru’!
Mobile Legends Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) kini kembali dengan misi terbaru yang diumumkan oleh Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MPL Malaysia, Fikri Rizal Mahruddin iaitu Mi5i Malaysia.
Fikri Rizal yang ditemui berkata Mi5i Malaysia yang dicipta khas untuk musim ke-12 ini bagi mendorong pasukan-pasukan MLBB Malaysia merebut tempat ke Kejohanan Dunia MLBB M5 yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.
“Untuk musim ke-12 ini kita sudah ubah misi kita satu goal dan satu visi kita mahu semua orang bersama-sama sokong pasukan Malaysia untuk Mi5i Malaysia,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Beliau yang ditemukan semasa sesi sidang media Majlis Pelancaran MPL MY musim ke-12 di Sentul Depot turut mengumumkan satu kejohanan besar bakal dianjurkan di Malaysia pada tahun ini iaitu MLBB M5 Wild Card yang dijalankan bagi mengisi lagi dua slot ke Kejohanan Dunia M5.
“Jadi hari ini kita lancarkan MPL MY ke-12 yang bakal berlangsung pada pertangahan bulan Ogos ini dan satu pengumuman penting iaitu MLBB M5 Wild Card yang akan berlangsung di Malaysia cuma dimana dan tarikhnya akal diumumkan tidak lama lagi, jadi kepada peminat di luar sana harap bersiap sedia.”
Jika dilihat semasa musim ke-11 MPL MY berlangsung ia diibaratkan sebagai satu kejayaan buat organisasi kejohanan apabila jumlah penonton semakin meningkat berbanding musim sebelumnya dan Fikri Rizal sendiri akui bahawa musim lepas adalah musim yang gemilang buat komuniti e-sukan MLBB terutamanya.
“Bagi saya fokus kami pada musim-11 adalah untuk merevolusikan e-sukan di Malaysia dan Alhamdulillah mesej dan naratif yang ingin kami sampai telah berjaya di mana peminat-peminat mahukan pasukan-pasukan kesayangan mereka untuk bermain dengan lebih baik dan kita nampak e-sukan terutama MLBB kini semakin berevolusi daripada segi corak permainan dan juga kemasukan pemain import.”