Kelab dari Pantai Timur pilihan utama Lee Tuck ?

776

Setelah mengambil keputusan untuk keluar daripada Kedah Darul Aman FC atas persetujuan bersama, Lee Tuck yang kini sedang memegang status ejen bebas mempunyai pilihan destinasi yang cukup realistik.

Samada beliau bakal berkelana kembali ke kelab lamanya pada musim lepas di Pantai Timur ataupun pulang semula ke tempat dirinya bermula sebagai pemain naturalisasi kebangsaan iaitu Sri Pahang FC.


Dengan prestasi yang cemerlang membawa pasukannya menduduki di tempat ketiga dalam Liga Super sekarang serta lima jaringan gol dan tujuh bantuan jaringan pasti pemergiannya dari Kedah itu menjadi rebutan kelab lain.

Beliau yang pernah berhasrat untuk bersara bersama pasukan Terengganu FC ditambah pula dengan faktor keluarganya yang juga selesa serta meminati tempat berkenaan pasti beliau akan mempertimbangkan kelab itu sebagai arah tuju seterusnya.

Pencapaiannya yang memberangsangkan bersama Terengganu sebelum ini serta dihormati oleh peminat-peminat kelab itu juga pasti menjadi satu tarikan sekiranya beliau ingin kembali menyambung legasi dan menamatkan kariernya di sana sebagai seorang lagenda.

Pasukan Sri Pahang FC juga yang sedang berada dalam prestasi sebenar boleh menjadi satu tarikan buat Lee Tuck untuk kembali mendapatkan kepercaayan para peminat di sana serta membalas jasa pihak pengurusan yang telah banyak membantunya sebelum ini.

Tambahan pula, kawan baiknya iaitu pemain naturalisasi negara Sergio Aguero juga mungkin boleh menjadi aspek utama sekiranya beliau mahu berpindah semula ke kelab itu untuk mendapatkan konsistensi dalam setiap perlawanan dengan prestasi yang baik serta membanggakan.

Dalam pada itu, pemain yang mempunyai lapan kaps serta dua jaringan bersama pasukan kebangsaan itu perlu memilih destinasi yang dapat memberikannya minit permainan agar dapat mengukuhkan tempatnya dalam skuad Harimau Malaya.

Kemana sahaja pemain berpenggalaman berusia 35 tahun itu bermain, para peminat berharap beliau dapat mengekalkan momentumnya di tahap yang terbaik untuk terus menyumbangkan tenaga buat skuad negara.