Chanathip Songkrasin berpotensi ke Celtic?

261

Bintang bola sepak terkemuka Thailand, Chanathip Songkrasin telah mencetuskan fenomena di kalangan peminat bola sepak Asia apabila beliau dilamar gergasi J-League, Kawaski Frontale.

Apa yang membuatkan ia menjadi perbualan hangat peminat adalah perpindah Chanathip menjadi perpindahan domestik tertinggi dalam sejarah J-League selepas Kawasaki Frontale sanggup menebus kontraknya yang berbakit empat tahun lagi.


Jika pemain Thailand menjadi pilihan pasukan di J-League, pemain-pemain dari J-League pula sentiasa menjadi pilihan pasukan bola sepak di Eropah dengan yang terbaru Yosuke Edeguchi, Daizen Maeda dan Reo Hatate kini menyarung jersi Celtic FC.

Dengan prestasi yang sangat cemerlang ketika ini, kapten pasukan kebangsaan Thailand yang baru sahaja membantu pasukannya menjuarai Piala AFF 2020 baru-baru ini, beliau dijangka bakal menjadi pemain utama untuk pasukan barunya Kawasaki Frontale untuk musim ini.

Sekiranya Chanathip terus mempamerkan aksi cemerlangnya, beliau berpotensi besar untuk mengikut jejak langkah pemain J-League lain berhijrah ke pasukan besar di Eropah.

Sumber foto: Mano Polking Twitter

Dalam pada itu, Malaysia juga mempunyai seorang pemain yang kini bermain di Liga J3 di Jepun iaitu Hadi Fayyadh bersama pasukan Fagiano Okayama sejak tahun 2019. Sepanjang bersama pasukan itu beliau tidak pernah diturunkan bersama pasukan skuad dan hanya bermain dalam perlawanan latihan sahaja.

Hadi bagaimanapun telah dipinjamkan kepada sebuah lagi pasukan di J3 iaitu Azul Claro Numazu secara pinjaman. Di sana juga beliau masih belum mendapat peluang untuk beraksi bersama skuad utama.

Berbeza pula dengan seorang lagi pemain negara Luqman Hakim yang beraksi untuk KV Kortrijk di Liga Belgium di mana Luqman mula bermain untuk pasukan B-21.

Bagaimanapun prestasi cemerlangnya ketika bersama skuad B-21 telah menarik perhatian ketua jurulatih skuad utama dan telah memberi peluang kepada untuk melakukan debut pertamanya bersama skuad senior.

Pemain-pemain di rantau Asia Tenggara kini sibuk mengejar impian untuk bermain di liga luar negara, pemain di Malaysia pula lebih selesa bermain di negara sendiri kerana mengutamakan gaji yang lumayan.

Jika ada yang bermain di liga luar negara pun, kebanyakannya hanya sebagai pemanas bangku simpanan sahaja secara tidak langsung tidak memberi apa-apa impak sekiranya dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Persoalan yang kini menjadi tanda tanya adalah sampai bilakah kita akan dapat melihat pemain tempatan mampu menjadi pemain setaraf Chanathip.