Geraldine main begitu baik harini dan dia buat saya rasa tertekan – Aretha Pan

36

Pemain golf wanita profesional negara, Aretha Pan yang menjadi juara Supra Cup 2023 mengakui berdepan tekanan daripada pencabar utamanya Geraldine Wong yang bermain dengan cukup baik pada hari terakhir kejohanan

Aretha yang berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 sangat berpuas hati dnegan kejuaraan yang diraih namun pemain golf profesional Geraldine yang berada di posisi kedua tidak memberi jalan mudah buatnya sehinga keputusan akhir menunjukkan perbezaan diantara mereka hanya tiga pukulan sahaja.


“Saya bermain dengan sangat baik untuk 2 hari pertama namun hari ini saya agak gementar saya tidak dapat memukul dengan baik, Geraldine main begitu baik harini dan dia membuatkan saya merasa tertekan,”

katanya.

Pemain yang baru sahaja menjuarai Kejuaraan Wanita Piala Tun Ahmad Sarji 2023 itu turut menyatakan bahawa ada satu ketika dalam pusingan hari ini tempo permainannya sedikit terganggu disebabkan beberapa pukulannya tidak begitu menjadi sehingga jurang perbezaan pukulan menjadi semakin dekat dengan pesaing dibawahnya.

“Permainan saya harini tidak begitu bagus baik pukulan driver saya dan juga putting. Di lubang yang ke-10 saya mendapat double bogey dan mata saya dengan mereka menjadi semakin dekat dan dekat, semasa itu mungkin hanya 2 atau 3 pukulan sahaja di belakang.”

Mempamerkan aksi memukau untuk tempoh tiga hari ini, Aretha tidak mahu melepaskan peluangnya untuk berterima kasih kepada kedinya yang banyak membantunya untuk lebih tenang di lapangan sepanjang tempoh kejohanan berlangsung.