Perlawanan persahabatan menentang Vietnam cara Korea Selatan membaca corak permainan skuad Kim Pan-gon?

526

Persatuan Bolasepak Korea (KFA) memulakan langkah kanan dengan memilih Vietnam sebagai lawannya dalam aksi persahabatan antarabangsa sebagai persediaan sebelum kejohanan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada awal Januari depan.

Dengan langkah mengambil pasukan terkuat di Asia Tenggara buat masa sekarang ini jelas merupakan satu tindakan yang realistik buat gergasi Asia itu untuk membaca corak permainan bola sepak Asia Tenggara dengan lebih terperinci.


Umpama ‘menyelam sambil minum air’, aksi persahabatan itu mampu menjadi persediaan rapi sebelum menghadapi pasukan Harimau Malaya dalam peringkat kumpulan Piala Asia pada 25 Januari 2024 nanti.

Persamaan corak permainan diantara skuad kebangsaan dan pasukan Vietnam pasti akan memudahkan pasukan lain menyusun strategi terbaik untuk menjinakkan anak buah Kim Pan-gon.

Oleh itu, pasukan negara perlu bijak membuat penelitian serta perancangan yang mendalam untuk memperbaiki kelemahan dan menutup kelemahan agar dapat memberikan saingan yang sengit pada perlawanan sebenar nanti.

Tambahan pula, skuad negara yang dijangkakan akan mengadakan perlawanan persahabatan di China pada September nanti mungkin sedikit sebanyak dapat membantu memberikan penggalaman buat para pemain serta jurulatih memahami rentak permainan negara-negara Asia Timur.

Biarpun mereka berada di kedudukan yang lebih tinggi, namun Korea Selatan enggan ambil risiko memandang rendah sebaliknya tetap buat persiapan rapi.