Ini futsal, kita bukan bermain seorang diri – Gerard Casas

250

Jurulatih pasukan Pahang Rangers FC, Gerard Casas tidak mahu peminat hanya fokus kepada satu pemain sahaja kerana pasukan mempunyai ramai pemain yang menyumbang kepada kemenangan mereka minggu lalu.

Gerard yang ditemui semasa sesi latihan terakhir pasukan Pahang Rangers sebelum bertemu Selangor MAC pada esok mahu pemain-pemainnya tampil dengan aksi terbaik seperti yang dilakukan semasa di Stadium Tertutup Sukpa pada perlawanan lepas


Dalam perlawanan lepas, Sergio Jamur yang tampil dengan prestasi terbaiknya telah menarik banyak perhatian peminat yang mengikuti perkembangan Pahang Ranger namun Gerard ingin mengingatkan kepada peminat supaya menyokong kesemua pemainnya dan tidak bersikap individu kerana futsal ini merupakan permainan berpasukan.

“Beliau banyak membantu kami tapi bukan dia sahaja kerana dalam futsal kita bukan bermain seorang diri, kita juga ada banyak lagi pemain-pemain yang tampil dengan baik dan saya harapkan esok mereka akan bermain dengan baik juga,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menjelang perlawanan esok, ketiadaan pemain tumpuan yang juga penjaring terbanyak Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim ini, Ali Ebrahimi sedikit sebanyak bakal menganggu rentak permainan Selangor MAC.

Namun Gerard tidak mahu nak buahnya terlalu memikirkan tentang Ali dan fokus kepada perlawanan mereka dan menyifatkan Pahang Rangers sendiri mempunyai pemain-pemain yang boleh bersaing dengan Selangor MAC.

“Saya rasa orang ramai terlalu fokus kepada pemain secara individu, perlawanan minggu lepas perbezaan sangat tipis dan walaupun Ali tidak bermain dengan baik Selangor MAC banyak memberi kita masalah, ia hanya seorang pemain dan kami juga mempunyai pemain-pemain yang baik dan pada akhirnya kita menang.”

Gerard yang membawa Pahang Rangers tampil cemerlang musim ini mahukan anak buahnya terus fokus dan kekalkan mentaliti juara dan tunjukkan kebolehan sebenarnya mereka sekaligus melangkah ke pentas final.