Pandangan Safee Sali terhadap hukuman terhadap Faisal Halim cetus pelbagai reaksi

1,171

Faisal Halim yang baru-baru ini dihukum pergantungan selama sebulan (1+3) oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk ada yang bersetuju dengan hukuman yang diberikan boleh dijadikan sebagai contoh buat pemain lain.

Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey telah dikenakan hukuman penggantungan dek kenyataan medianya ketika perlawanan menentang Sabah FC dikatakan melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media).


Bekas penyerang prolifik negara, Safee Sali antara yang menyokong hukuman tersebut yang dikatakan akan membuka mata semua pihak termasuk pemain sendiri bagaimana hendak berdepan media.

Safee juga berkata sebagai seorang pemain profesional perlu ada pendidikan sebelum bercakap dengan media atau membuat sebarang kenyataan.

Ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju kerana merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Mickey terlalu keras kerana beliau sepatutnya dikenakan amaran keras terlebih dahulu dan jika kesalahan berulang baru dikenakan hukuman penggantungan.

Satu lagi perkara yang membuatkan ramai pihak tidak puas hati adalah mengapa begitu lambat Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan tersebut sedangkan ‘insiden’ berlaku pada bulan April yang lalu.

Malah bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA), Azraai Khor Abdullah juga tidak bersetuju dengan hukuman penggantungan kerana merasakan kesalahan yang dilakukan oleh Mickey adalah ringan dan patut diberikan amaran sahaja.

Berbalik kepada Safee pula, beliau juga merupakan antara pemain yang mempunyai rekod disiplin dan antara paling diingati adalah kesalahan merokok ketika berada dalam kem kebangsaan ketika kejohanan Piala AFF.

Kesalahan itu nyata cukup besar sebagai seorang pemain bola sepak profesional, namun ketika itu FAM hanya memberi amaran keras dan hanya akan kenakan hukuman penggantungan jika kesalahan berulang.

Malah bekas pemain KL City FC itu juga pernah mengkritik Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengkritik atas aksi hambar pada kelayakan Piala Asia 2015 yang mana ketika itu pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal turut tampil mempertahankan tindakan penyerang itu.

Dalam pada itu, Mickey kini sah akan digantung selama sebulan, manakala hukuman tambahan tiga bulan akan diputuskan kemudian berdasarkan kelakuan pemain itu untuk satu tempoh yang ditetapkan.

Apa pun, diharap Mickey hanya akan digantung untuk tempoh sebulan sahaja kerana pemain itu perlu terus beraksi bagi memastikan beliau berada pada prestasi terbaik untuk dibawa ke Piala Asia 2023 awal Januari depan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen