Keserasian itu senang sahaja, yang penting kerja berpasukan – Jaciah Jumilis

278

Jaciah Jumilis atau lebih selesa dengan gelaran JJ menganggap gabungan pemain baru dan lama termasuk pemain dari skuad kebangsaan ke dalam pasukannya dapat membantu LMS Tigress untuk bersaing sebagai pencabar utama dalam Liga Wanita Nasional (LWN) 2023.

Walaupun terdiri daripada muka-muka baru dalam pasukan itu tetapi beliau merasakan bahawa keserasian pasukan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperolehi kerana semuanya merupakan pemain profesional dan beliau juga sudah biasa bermain dengan beberapa pemain sebelum ini.


“Bagi JJ, keserasian itu senang sahaja, yang penting kerja berpasukan kerana saya sudah biasa bermain dengan Steffi, Nani dan Dekno yang saya sudah biasa bermain bersama-sama sebelum ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

LMS Tigress juga terdiri daripada beberapa orang pemain kebangsaan tetapi beliau tidak mahu memandang remeh pada pasukan lain yang juga mempunyai potensi besar serta mampu memberi saingan yang sengit kepada pasukannya nanti.

“Bagi saya Sabah dan Kelana United FC antara pencabar terkuat memandangkan mereka sudah berlatih lama dan pemain kebangsaan juga banyak mewakili pasukan-pasukan itu pasti akan sukar.”

LMS Tigress merupakan pasukan baru yang ditubuhkan akan bersaing dalam LWN musim ini dan mereka juga antara pasukan pilihan.