Peminat usik Syafiq Ahmad jadi pemain sepak takraw kerana kurang bermain, tetapi beliau ada latihan intensiti tinggi
Tindakan para penonton mengusik pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Ahmad yang hadir untuk meluangkan masa menonton perlawanan Johor Tigris dalam Liga Sepak Takraw (STL) menjadi buah mulut ramai.
Para peminat mula menyuarakan pandangan berkenaan masa terluang yang pemain itu miliki untuk datang memberikan sokongan satu hari selepas perlawanan yang melibatkan kelabnya.
Tindakan mengusik beberapa penyokong yang mahukan Syafiq agar bertukar karier daripada menjadi pemain bola sepak kepada pemain Takraw untuk mendapatkan peluang bermain juga antara yang dijadikan bualan.
Pemain skuad kebangsaan itu yang kurang mendapat minit permainan bersama kelabnya sepanjang berlangsungnya kempen Liga Super sejak Februari lalu, malah beliau hanya bermain sebanyak empat perlawanan sahaja, itupun sekadar pemain gantian pada minit-minit akhir perlawanan.
Walaubagaimanapun, tindakan penonton yang mengeluarkan spekulasi itu dianggap tidak wajar kerana walaupun tidak bermain tetapi latihan kelabnya yang berintensiti tinggi mampu membantu beliau untuk mengekalkan prestasinya.
Kelabnya juga pasti akan melakukan sesuatu dari segi latihan untuk memastikan beliau dapat mengekalkan mutu permainannya sekiranya dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan.
Kedatangan beberapa pemain import juga perlu membuatkan beliau bersaing lebih lagi bagi mendapatkan tempat dalam skuad Esteban Solari, kini dengan kehadiran pemain baru JDT iaitu Heberty Fernandez juga pasti akan menyukarkan pemain itu untuk terus merebut tempat.
Sekiranya beliau terus konsisten tidak mendapat minit permainan, maka kedudukan beliau selaku penyerang skuad Harimau Malaya pasti akan semakin sukar untuk dipertahankan.
Lebih-lebih lagi dengan lahirnya pemain-pemain muda serta naturalisasi dalam liga yang mahu merebut tempat untuk ke Qatar.