Respect! Orang dah tak ada lagi…
Susulan berita pemergian bekas pemain dan pemerhati bolasepak negara Shebby Singh, tular gambar insiden tersebut di sosial media beberapa ketika. Seharusnya perkara tersebut tidak patut berlaku.
Netizen harus mempunyai sensitiviti dengan menghormati perasaan keluarga dan kawan-kawan mangsa yang bersedih akibat kehilangan mendiang.
Berita ini agak mengejutkan kerana mendiang Shebby menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berbasikal akibat sesak nafas. Malah, Sejak berita itu menggemparkan tanah air kerana kehilangan sebuah lagi ‘permata’ dalam industri sukan kita, muncul beberapa nama yang pernah bekerjasama dan berkait rapat dengan mendiang menzahirkan rasa kehilangan mereka melalui ciapan di laman Twitter.
Peminat bolasepak tempatan dan antarabangsa pasti akan merindui dan mengingati mendiang sebagai seorang pengulas dan pengkritik bolasepak dengan ulasan yang mantap. Beliau digambarkan sebagai insan yang tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dan dikenali semua peringkat umur.
Kami di Harimau Malaya turut berduka cita dan meras kehilangan atas pemergian beliau.
‘Rest In Peace, a true legend, Serbegeth Singh’.