Tersenarai dalam Dream Asean XI beri petanda Safawi Rasid bakal kembali bersinar?

648

Nama pemain kebangsaan Safawi Rasid bukan asing kerana beliau merupakan bekas pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP) satu ketika dahulu ketika bermain bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun prestasi beliau merosot dan tempatnya menjadi milik pemain kebangsaan muda sensasi Arif Aiman dan sejak itu Safawi sukar untuk mendapat tempat sekaligus menyaksikan beliau hanya sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja.


Namun pada musim lalu beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Thai League 1 untuk beraksi bersama Ratchaburi FC untuk setengah musim.

Sepanjang bersama Ratchaburi, beliau telah diturunkan dalam 14 perlawanan dan menjaringkan satu gol.

Aksi cemerlang Safawi telah menyaksikan beliau telah dimasukkan dalam senarai skuad Dream Asean XI untuk Thai League 1 baru-baru ini.

Bukan sahaja Safawi, seorang lagi pemain kebangsaan Dion Cools yang beraksi bersama Buriram United turut senarai sekaligus memperlihatkan dua pemain Malaysia berjaya tersenarai dalam skuad Dream Asean XI.

Dion sehingga kini masih kekal bersama Buriram yang mana beliau merupakan tonggak utama kelab tersebut dan telah berjaya merangkul treble bersama kelab itu.

Antara pemain-pemain lain yang turut tersenarai di dalam skuad Dream Asean XI adalah seperti Dang Van Lam, Ikhsan Fendi, Irfan Fendi, Faiq Bolkiah dan Irfan Bachdim.

Tersenarainya dua pemain negara ini menjadi bukti bahawa pemain tempatan juga mampu pamer aksi cemerlang di luar negara sekiranya kerja keras dan komited.

Diharap dengan tersenarainya Safawi dalam skaud Dream Asean XI akan memberi sinar harapan baru buat pemain berasal dari Terengganu itu untuk kembali dapat tempat bersama Harimau Selatan.

Jika masih gagal dapat tempat Safawi patut keluar untuk sertai pasukan baru untuk dapatkan minit permainan kerana sudah pasti beliau mahu disenaraikan dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya bagi mengharungi kejohanan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada Januari 2024.