LTK ada hak nak buat apa beliau nak, Perak FC tetap dengan pendirian kami – Bobie Farid
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin memberitahu bahawa pihaknya akan tetap dengan pendirian mereka dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan selepas rundingan kedua dengan bekas ketua jurulatih, Datuk Lim Teong Kim gagal mencapai kata sepakat.
“Sebenarnya saya tiada komen mengenai perkara ini kerana bagi saya beliau ada hak untuk buat apa sahaja yang beliau nak dan kami tetap dengan pendirian kami.
Kita sudah berbincang sebanyak dua kali dan berdasarkan kenyataan beliau tadi, kita akan move forward,”
katanya.
Tambah Bobie lagi, pihaknya juga bersedia sekiranya Teong Kim mahu mengheret perkara ini ke mahkamah jika gagal dapat rundingan ketiga nanti.
Dalam pada itu, Bobie juga berkata kemelut antara kelab dan bekas ketua jurulatih tidak menjejaskan langsung pasukan yang sedang mengharungi saingan Liga Super.
“Tak ganggu pun. Kita fokus pada pembangunan bola sepak negeri Perak untuk cuba bina semula kelab ini seperti mana kita zahirkan dalam misi dan visi kita sebelum ini.
Syukur Alhamdulillah semakin bagus dan suasana pasukan juga semakin baik dan itu yang kita mahukan.”