Atlet banyak sumbang pingat untuk Malaysia, tapi masa mereka susah kita lupakan saja! – Annastasia Karen Raj
Berikutan nasib bekas atlet Squasy negara iaitu Kenneth Low yang kini ibarat melukut di tepi gantang, atlet Racewalking Malaysia, Annastasia Karen Raj bersuara dalam satu temubual ekslusif mempertahankan nasib Kenneth yang pernah mengharumkan nama Malaysia pada suatu ketika dahulu.
Mengikut Annastasia, sekiranya ingin mewakili negara maka setiap atlet perlu meletakkan tanggungjawab buat diri sendiri juga selain tanggungjawab buat negara dalam merancang pelan jangka masa panjang, terutamanya pada masa tua nanti buat diri sendiri.
“Menjadi tanggungjawab buat semua atlet, jika ingin menjadi atlet maka perlu ada pelan setelah bersara kelak,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Anna juga menganggap dengan adanya sosial media dapat banyak membantu menimbulkan kesedaran buat persatuan-persatuan yang sepatutnya membela nasib bekas-bekas atlet terdahulu, tetapi melupakan jasa mereka dengan hanya berdiam diri sahaja.
“Kini sosial media telah membawa kesedaran kepada persatuan-persatuan yang sedar akan nasib buruk atlet tetapi mereka tidak membantu, walaubagaimanapun ketika mereka susah kita lupakan saja macam kacang lupakan kulit.”
Dalam pada itu, Annastasia juga berharap agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat melakukan sesuatu seperti program yang dapat membantu bekas atlet negara yang sebelum ini telah berusaha untuk mengharumkan nama negara agar kebajikan mereka sentiasa terjaga.
“Sebagai bekas atlet negara, saya berharap mereka dapat membuat satu program buat bekas atlet yang sudah bersara.”
Annastasia kini dalam perancangan untuk kembali ke Malaysia bagi menaburkan bakti semula dalam arena sukan negara terutamanya untuk membimbing para atlet negara dalam mempersiapkan mereka menuju waktu persaraan kelak.
Beliau juga mahu memberikan kesedaran bahawa pentingnya pelan persaraan buat semua atlet demi masa hadapan yang lebih terjamin.