Kita memang tak bagus pada separuh masa pertama, kita harus lihat semula kelemahan kita – Brendan Gan

384

Kapten Selangor FC, Brendan Gan mengakui pasukannya tidak cukup bagus pada separuh masa pertama ketika menentang PDRM FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia sebentar tadi.

Beliau bangga semua pemain menunjukkan karakter dan sikap yang amat positif untuk bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mendapatkan kemenangan 4-1.


“Pada separuh masa pertama kita tak cukup bagus, kita bermain bukan cara yang kita mahukan tetapi pada separuh masa kedua kita ubah karakter dan sikap, itulah yang saya bangga dengan semua pemain.

Selepas ini kita harus tonton semula video perlawanan ini dan lihat kelemahan kami untuk diperbaiki, ia penting kerana PDRM adalah sebuah pasukan yang boleh hukum kami melalui serangan balas,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Brendan berharap mereka mampu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan kedua nanti sekaligus layak ke pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa semua pemain dalam pasukan perlu bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa.

“Saya rasa kita ada pemain-pemain yang berkualiti dalam pasukan, kita bukanlah pasukan yang mengharapkan kepada seorang pemain saja.

Semua perlu bersedia untuk diturunkan bila-bila masa dan di mana-mana posisi yang jurulatih mahukan.”