Saya akan wujudkan ‘town hall’ bersama pasukan dan jurulatih wanita selepas ini – Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh komited mahu wujudkan townhall secara terus dengan komuniti bola sepak wanita bagi membincangkan hala tuju pembangunan bola sepak wanita negara.
Hannah yang ditemui semasa sesi pelancaran Liga Wanita Nasional di Stadium Uitm Shah Alam sebentar tadi menerangkan bahawa setiap yang dibangunkan dalam sukan ini memerlukan dana dan perhatian yang khusus.
“saya akan wujudkan townhall selepas ini bersama pasukan wanita dan jurulatih wanita untuk melihat ekosistem di dalamnya kerana selalunya jika kita nak memperbanyakkan lagi jurulatih wanita kita perlu wujudkan lebih banyak kelab dan semestinya untuk tubuhkan lebih banyak kelab kita memerlukan duit dan penajaan yang mencukupi,
Ujarnya
Selain itu dalam sesi wawancara itu juga Hannah turut menegaskan bahawa media memainkan peranan penting dalam sukan bola sepak wanita terutama dalam memperkenalkan kepada umum tentang sukan ini.
Bagi beliau, dengan adanya siaran langsung yang disiarkan sudah pasti dapat mengajak lebih ramai anak muda untuk mencuba atau menyertai sukan bola sepak wanita.
“Media mainkan peranan yang sangat penting hari ini apabila kita adakan siaran langsung bagi perlawanan liga ini kerana saya percaya bahawa segalanya bermula dengan tontonan, kalau kanak-kanak tonton dia akan rasa saya pun boleh saya berminat dan saya akan bermain jika tiada siaran langsung atau tiada yang hebahkan pasti tiada orang yang tahu.
Tambahnya lagi