Saya sangat gembira kerana sejak saya tiba di Malaysia ia adalah objektif kami – Soleen Al-Zou’bi

179

Jelas keceriaan terpancar pada wajah jurulatih skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-Zou’bi apabila akhirnya Liga Wanita Nasional 2023 berjaya dilaksanakan meskipun ada halangan yang terpaksa mereka harungi.

Soleen yang ditemui semasa pelancaran LWN 2023 di Stadium Uitm Shah Alam petang tadi menyuarakan rasa gembira apabila kejohanan bola sepak wanita peringkat kebangsaan itu akhirnya berlangsung dan ini sekaligus memberi ruang untuk bakat bola sepak wanita negara bermain menyerlahkan kebolehan mereka.


“Sesungguhnya saya sangat gembira kerana sejak saya tiba di Malaysia, ini menjadi objektif kami untuk menganjurkan satu kejohanan buat bola sepak wanita sekaligus memberi mereka peluang bermain dalam permainan yang kompetitif,

Katanya

Beliau yang turun untuk memberi sokongan kepada para pemain bola sepak negara hari ini terkejut dengan kehadiran media yang begitu ramai memeriahkan suasana majlis pelancaran LWN edisi kali ini.

Selain itu, beliau juga akan memerhati pemain-pemain yang berkualiti dan wajar untuk dibawa ke skuad kebangsaan.

“Saya juga gembira dan terkejut dengan kehadiran media yang begitu ramai hari ini memberi perhatian kepada bola sepak wanita di negara ini,

“Kita sedang melihat secara berperingkat, jika saya dapat jumpa walaupun satu posisi dalam kejohanan kali ini itu sudah cukup baik tapi saya berharap dapat menjumpai lebih ramai lagi agar dapat memberi nilai tambah kepada skuad kebangsaan,

Tambahnya lagi

Memandangkan hanya berbaki enam sahaja pasukan namun perkara ini sudah berada dalam jangkaan pengajur namun Soleen sendiri berharap dengan berjayanya penganjuran kali ini akan menarik lebih ramai pasukan sertai mereka untuk edisi akan datang.

“Kami sudah jangka yang perkara ini bakal berlaku terutama sejak awal dulu kami anjurkan kejohanan sebegini kerana kami tahu masalah kewangan dan organisasi tapi kami harap dengan adanya usaha kami sekarang akan lebih banyak pasukan sertai kami.

Katanya