Ramai pemain saya bermain di MUFT – Rosni Hamid

235

Berjaya tumpaskan pasukan Malaysian University Football Team (MUFT) dengan jaringan tipis, jurulatih Selangor FC, Rosni Hamid akui kekurangan pemain tidak menghalang mereka untuk tampil garang di Liga Wanita Nasional 2023.

Rosni yang ditemubual selepas tamat perlawanan petang tadi memberitahu ramai pemain-pemainnya bermain untuk pasukan lawan dan beliau terpaksa membina pasukan baru dari kalangan pemain muda dan senior.


“Walaupun kita kekurangan pemain sejak awal kerana ramai pemain-pemain sayang bermain di MUFT tapi saya berjaya cantumkan pemain senior dan junior yang lain dan ini lah hasilnya kami meraih kemenangan pertama,

Katanya

Beliau juga gembira dengan kemenangan anak buahnya pada hari ini dan beranggapan penjaga gawang pasukan mereka melakukan tugas dengan baik memandangkan beliau sangat yakin bahawa mereka bakal meraih kemenangan dalam perlawanan kali ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada goalkeeper hari ini kerana banyak menyelamatkan serangan-serangan berbahaya,

“Saya yakin dengan pasukan saya sejak awal perlawanan lagi bahawa kami akan mendapat satu gol namun tidak pasti ia adalah jaringan dalam kemenangan atau kekalahan tapi dalam perlwanan tadi dengan satu gol tu juga keyakinan para pemain saya bertambah,

Ujarnya

Turut ditemubual penjaring tunggal perlawanan hari ini Dian Aqilah akui pada awalnya sedikit gugup berdepan dengan pemain-pemain senior di kejohanan LWN kali ini memandangkan beliau baru sahaja berumur 16 tahun selain sudah mempersiapkan mental sejak awal lagi mahu membawa pulang mata kemenangan di perlawanan pertamanya ini.

“Meskipun saya baru berumur 16 tahun saya tidak boleh takut dengan kakak-kakak senior di atas padang,

“Saya tetapkan sasaran sejak awal memang satu gol sahaja tapi saya telah cuba yang terbaik dan saya mahu menang perlawanan pertama!

Katanya lagi