Kecederaan jejaskan persiapan kami, tetapi pemain lain ambil peluang dengan baik – Kok Keng Lin

167

Ketua jurulatih Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Kok Keng Lin mengakui kehilangan empat pemain utama akibat kecederaan merencatkan perancangan pasukannya dalam saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023.

Walaubagaimanapun, beliau gembira pemain-pemain lain mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan dengan baik dan mencatatkan kemenangan 1-0 pada perlawanan pertama LWN 2023 menentang LMS Tigress sebentar tadi.


“Memang kecederaan jejaskan persiapan kami, mana-mana pasukan pun jika terdapat empat pemain utama yang cedera pastinya akan memberi kesan kepada persiapan.

Namun, saya gembira apabila pemain yang menggantikan mereka mengambil peluang dan berikan persembahan yang baik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau mengakui tidak mempunyai masa mencukupi untuk melakukan persediaan dan hanya sempat berlatih selama tiga minggu sahaja.

Katanya, masih ada ruang untuk diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya menentang Sabah.

“Saya ucapkan tahniah kepada para pemain kerana bersungguh-sungguh walaupun persiapan kami sebenarnya tidak cukup, hanya tiga minggu sahaja.

Saya gembira apa yang kami rancang menjadi, cuma pemain harus lebih tenang dalam beberapa situasi dan membuat keputusan dengan lebih baik.”

Katanya, perlawanan seterusnya di padang sintetik akan menjadi satu cabaran buat pasukannya menentang Sabah.