Keserasian antara pemain, tahap kecergasan yang tidak cukup baik punca kami tewas – Christopher Nathan Firdausi

261

Ketua jurulatih LMS Tigress, Christopher Nathan Firdausi mengakui persefahaman yang kurang menjadi salah satu punca pasukannya tidak dapat menyaingi Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Katanya, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih bersama, di samping terdapat beberapa muka baharu dalam pasukan.


“Sudah tentu keserasian main peranan yang besar dalam perlawanan seperti ini, kita tidak cukup masa untuk berlatih bersama dan kita juga ada beberapa pemain baharu.

Persefahaman ini memerlukan masa untuk bina, mereka harus bermain bersama-sama selalu untuk memahami kekuatan dan kelemahan rakan,”

Katanya, tahap kecergasan pasukannya tidak cukup baik, menyebabkan mereka tewas di tangah SSMP.

Beliau percaya para pemain akan bermain lebih baik pada perlawanan-perlawanan akan datang.

Jelasnya, mereka akan memperbaiki segala kelemahan menjelang aksi seterusnya