Kita perlukan lebih masa untuk bina keserasian yang mantap – Thivashini

292

Pemain Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Thivashini mengakui mereka memerlukan masa untuk membina persefahaman yang baik dalam pasukan.

Beliau gembira pasukannya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas LMS Tigress, tetapi masih belum berpuas hati dengan tahap persefahaman.


“Ini adalah satu kemenangan yang baik, bagi saya keserasian bukan tiada tetapi kita perlukan lebih masa lagi untuk bina keserasian yang mantap.

Ini adalah perlawanan pertama kami selepas sekian lama dalam Liga Wanita Nasional, saya rasa kami mampu berikan lebih baik lagi seleaps ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Thivashini juga mengakui bahawa secara peribadi, beliau masih perlu memperbaiki gaya permainannya serta sentuhan pertamanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun penat beliau terpaksa berlari naik dan turun padang semata-mata unfuk pasukan.

Namun beliau cuba untuk menyembunyikan keletihan supaya tiada yang perasan.